Independent

Nilai Barangan Cecah RM1.1 Bilion

Reading Time: < 1 minute

Nilai semua barangan yang dirampas dari 6 premis milik bekas Perdana Mentri dianggarkan antara 900 juta hingga 1.1 bilion ringgit.

Ini menurut kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dalam sidang media di Menara KPJ, Jalan Tun Razak pagi ini.

Nilai itu termasuk wang tunai, beg berjenama, barang kemas, jam tangan dan kaca mata yang kesemuanya terkandung di dalam beg bagasi dan kotak-kotak yang dirampas dari 6 premis terutama dari Pavilion Residences, Kuala Lumpur.

Pihak polis perlu mengambil masa yang agak lama untuk mengira jumlah barangan yang dirampas kerana ia terlalu banyak dan tidak boleh dihitung di premis.

Exit mobile version