Independent

Parlimen Ipoh Timur Kerjasama Dengan MBI Sumbang Tong Sampah Tangani Isu Longgokan Sampah Haram

Reading Time: 2 minutes

IPOH | Akibat masalah longgokan sampah haram masih berleluasa di dalam bandaraya Ipoh, Ahli Parliemn Ipoh Timur bersama ADUN Canning berganding bahu dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengadakan program kesedaran kebersihan dengan menyumbang tong sampah kepada 700 penduduk Kampung Simee.

Program seumpama ini yang merupakan program perintis adalah salah satu usaha yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur bersama MBI

“Terdapat lebih kurang 665 kawasan longgokan sampah haram di seluruh bandaraya Ipoh dan pihak Pejabat Ahli Parlimen Ipoh Timur dan MBI sepanjang masa sentiasa mencari jalan penyeesaian untuk isu-isu sebegini,” kata Wong Kah Woh yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.

Menurut Kah Won lagi, isu longgokan sampah haram ini berlaku disebabkan beberapa 3 faktor utama iaitu sampah pukal atau sampah kebun, kaedah pengumpulan sampah yang perlu ditangani dan kurangnya kesedaran masyarakat.

Sampah pukal dan sampah kebun yang mana ia tidak dikutip oleh kontraktor yang dilantik oleh MBI. Oleh kerana itu, penduduk tidak ada tempat untuk membuang sampah itu.

Tambahnya, faktor kedua penyumbang kepada longgokan sampah haram adalah kaedah pengutipan yang dijalankan dimana pekerja mengutip sampah akan mengumpulkan sampah di satu kawasan dan hanya akan mengutipnya pada sebelah petang. Dengan cara itu, ia secara tidak langsung telah menjadikan kawasan pengumpulan sampah itu sebagai kawasan longgokan sampah haram.

Kesedaran masyarakat tentang penjagaan kebersihan juga tidak kurang pentingnya. Oleh itu, Pejabat Parlimen Ipoh Timur dan ADUN Canning telah mengambil langkah mengedarkan risalah kesedaran tentang kebersihan dan pengurusan sampah kepada penduduk Kampung Simee.

“Kebanyakan rumah tidak mempunyai tong sampah sendiri dan apabila sampah dibiarkan semalaman di luar, maka anjing liar akan mengheret (menyelongkar) sampah tersebut dan menyebabkan masalah kebersihan sebagai isu utama.

“Setelah Datuk Bandar yang baru dilantik, saya telah megadakan beberapa perbincangan dengan beliau dan juga pegawai-2 MBI bersama Ahli Majlis dan hasil dari perbincangan tersebut kita telah mencapai satu persefahaman bahawa ketiga-tiga isu tersebut harus ditangani bersama,” ujar Ahli Parlimen Ipoh Timur itu.

Turut hadir di sidang media hari ini ialah ADUN Canning, Jenny Choy Tsi Jen.

Exit mobile version