Sidang parlimen yang bermula hari ini kecoh apabila pembangkang dari Barisan Nasional dan PAS bertindak keluar dewan sebaik nama speaker yang baru diumumkan.
Bagaimanapun, Khiary Jamaluddin tidak mengikuti jejak langkah rakan-rakan dari partinya sebaliknya kekal di tempat duduknya. Adalah dipercayai tindakan ahli parlimen pembangkang itu sebagai tanda protes terhadap perlantikan speaker baru, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang menurut mereka adalah tidak sah. Pelantikan itu dipertikaikan sebagai tidak mengikut peraturan dewan mesyuarat yang seharusnya mengikut peruntukan 4 (1) berkaitan 14 hari pemakluman kepada anggota Dewan Rakyat.
Datuk Mohamad Ariff sebelum ini telah meletakkan kesemua jawatan dalam Parti Amanah Negara (AMANAH) sejak 1 Julai lalu untuk membolehkan beliau dilantik menjadi speaker dewan parlimen.
Selain Khairy, Datuk Anifah Aman juga kekal tidak berganjak dari tempat duduknya.