Independent

Penduduk Orang Asli Pertahan Kampung Dari Pembalak Ditahan Polis

Reading Time: < 1 minute

Tiga orang asli yang membuat bloked di Kampung Papan/Air Laba, Gerik ditahan oleh pihak berkuasa hari ini, menurut laporan yang diterima dari kumpulan pejuang masyarakat orang asli yang menamakan kumpulan mereka Center for Orang Asli Concerns (COAC).

Bloked yang dibina telah dirobohkan menggunakan jentera berat pada pukul 10.10 pagi ini oleh syarikat pembalak dengan dikawal oleh pihak polis, menurut penduduk kampung berkenaan.

Tiga penduduk kampung orang asli yang ditahan iaitu Saiman bin Long, Jamal bin Andi dan Naserin bin Dahadu.

Dalam perjumpaan di Jabatan Kemajuan Orang Asli bersama Pengarah JAKOA Perak dengan pegawai dari Jabatan Perhutanan negeri semalam, mereka dimaklumkan bahawa permit membalak telah dikeluarkan untuk kawasan tersebut, tetapi telah gagal menunjukkan permit itu kerana menurut mereka permit tersebut adalah ‘rahsia’.

Pembalak juga tidak memberikan jawapan yang memuaskan mengapa tidak ada rundingan dengan penduduk kampung sebelum permit pembalakan dikeluarkan, atau mengapa tidak ada papan tanda notis didirikan. Semua ini tidak mengikut kriteria Skim Persijilan Kayu Malaysia.

Exit mobile version