Independent

Pengguna Tidak Lagi Dikenakan Caj Sementara RM200 Isi Minyak Guna Kad di Petron

Reading Time: < 1 minute

KULIM | Caj sementara sebanyak RM200 yang biasanya dikenakan terhadap pelanggan yang menggunakan kad ATM untuk membayar petrol atau diesel (yang hanya dikembalikan selepas beberapa hari) tidak lagi dikenakan di semua stesen minyak Petron di seluruh negara selepas ini.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, sistem pembayaran untuk pengisian bahanapi itu sebelum ini dilihat sebagai halangan bagi pembayaran digital di stesen minyak terutamanya bagi pengguna yang hanya ingin mengisi minyak dalam nilai yang kecil.

Kerjasama bersama Petron Malaysia dan PayNet itu merupakan yang pertama memperkenalkan ciri tersebut.

Tambahnya, langkah terbaru itu selaras dengan usaha kerajaan bagi mewujudkan masyarakat digital.

Beliau mengumumkan demikian dalam Majlis Perasmian Penerimaan Kad ATM MyDebit di Petron hari ini.

Selain itu, menurutnya, Petron juga menerima pembayaran melalui semua jenis e-wallet di Malaysia.

PayNet turut merancang untuk memperluaskan kerjasama serupa dengan empat syarikat minyak utama lain.

Exit mobile version