Independent

Perak Catat Peningkatan Jumlah Pelaburan Suku Pertama 2019

Reading Time: < 1 minute

Negeri Perak telah berjaya menarik sebanyak RM1.434 bilion jumlah pelaburan pada suku pertama (Januari hingga Mac) tahun 2019.

Angka tersebut merangkumi RM849 juta pelaburan langsung asing (FDI) dan RM585.1 juta juta pelaburan domestik.

Sebagai perbandingan, Perak hanya mencatat sebanyak RM249.8 juta pelaburan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Ini menunjukkan peningkatan 82.56%.

Angka tersebut yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) itu sekaligus meletakkan Perak di senarai ke-5 tertinggi di antara negeri-negeri dalam Malaysia.

Pulau Pinang mendahului senarai dengan jumlah pelaburan sebanyak RM8.848 bilion manakala Kedah di senarai ke-2 sebanyak RM7.586, Johor ke-3 sebanyak RM2.43 bilion dan Selangor keempat sebanyak RM1.521 bilion.

Jumlah pelaburan dijangka akan terus meningkat pada tahun ini ekoran meningkatnya keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik negeri dan dasar-dasar kerajaan negeri yang mengambil pendekatan mesra-pelabur.

Exit mobile version