Independent

Pergerakan Aset Tentera Bukan Untuk Ambil Alih Negara

Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR | Penularan rakaman video menunjukkan pergerakan beberapa aset pengangkutan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di jalan-jalan raya adalah merupakan aturgerak untuk kembali ke kem masing-masing dari menjalani latihan, bukannya persiapan pihak ATM untuk mengambil alih situasi terkini negara, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang.

Berita yang tular di media sosial itu adalah tidak tepat dan palsu. Kepimpinan Tertinggi ATM telah memutuskan untuk memperhalusi beberapa perkara berkaitan Operasi, Latihan dan Kursus, Eksesais, Pentadbiran dan Logistik berdasarkan Perintah Kawalan Pergerakan 2020 (PKP).

Justeru, perkara-perkara yang melibatkan latihan ketenteraan adalah ditangguh buat sementara waktu.

Kenyataan itu juga menasihatkan orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan sebarang berita yang boleh menimbulkan kebimbangan dan panik di kalangan masyarakat.

Exit mobile version