Independent

Perutusan Aidilfitri Dari YB Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin

Reading Time: 2 minutes

Assalamualaikum Warahmatullah Ibawarakatuh dan Salam Sejahtera.Allahuakbar-Allahuakbar- Allahuakbar Walillailham.

Pertamanya saya ucapkan syabas kepada Independent.my kerana sudi memberikan ruang kepada saya untuk menyampaikan ucapan Hari Raya Aidilfitri kepada rakyat negeri Perak khususnya dan kepada orang Malaysia amnya.

Pertamanya saya ambil kesempatan ini untuk ucapkan terima kasih kepada seluruh pengundi negeri Perak yang telahpun mengundi Pakatan Harapan yang akhirnya kita berjaya menubuhkan kerajaan Pakatan Harapan menggantikan kerajaan Barisan Nasional.

Jadi untuk itu lagi sekali saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan di bulan yang baik Ramadhan Al-Mubarak, saya ambil kesempatan juga untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Mohon Maaf Zahir dan Batin. Jadi untuk itu, kami telahpun menubuhkan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Perak dan kita dalam suasana untuk mengukuhkan daripada sehari ke sehari dan pada masa sama kita cuba untuk penuhi apa sahaja tawaran yang telahpun kita buat semasa kempen pilihanraya yang lalu.

Jadi dia ada 10 teras utama yang kerajaan Pakatan Harapan Perak akan penuhi janji-janji kami itu jadi InsyaAllah beri kami masa dan sokongan supaya kami dapat laksanakan janji yang telahpun kami tawarkan dalam manifesto Pakatan Harapan semasa pilihanraya yang lepas.

Pada masa yang sama hendaklah kita berikan sokongan supaya kerajaan ini juga akan bertambah kuat daripada sehari ke sehari.
Saya ucapkan terima kasih juga kepada kerajaan negeri Pakatan Harapan yang telahpun melantik saya menjadi Exco kepada kerajaan negeri dalam portfolio Pelaburan dan Industri kemudian Pembangunan Koridor.

InsyaAllah saya akan melaksanakan kerja sekuat mungkin dengan sokongan rakyat dan juga agensi kerajaan dan pihak berkuasa.Kita akan cuba mengembeling sebanyak mungkin supaya ramai pelabur asing dan dalaman memberikan banyak tumpuan kepada negeri Perak. Mudah-mudahan dengan sokongan tersebut maka kita dapat memperkaya dan memperkasakan ekonomi negeri Perak kita dan kita dapat jadikan Perak ini sebagai tempat yang mereka boleh mengadakan perniagaan dalam masa panjang.

Dalam masa yang sama kita hendak juga pelaburan ini memberikan manfaat kepada kerajaan negeri Perak bukan hanya daripada hasil kutipan cukai tanah dan sebagainya tapi kita mahu juga pelabur-pelabur asing ini berikan kita peluang pekerjaan kepada rakyat serta menambah kita punya keluaran kasar negara kita dan negeri kita. Kita juga mahu supaya mereka ini memberikan sumbangan dalam bentuk CSR supaya jika ada program-program CSR maka yang manfaatnya adalah rakyat negeri Perak.

Jadi lagi sekali saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pengundi-pengundi dan rakyat negeri Perak sama ada mengundi ataupun tidak Pakatan Harapan maka anggaplah ini kerajaan Pakatan Harapan untuk rakyat dari rakyat kepada rakyat .

Jadi untuk itu kami akan sentiasa peduli masalah yang dihadapi rakyat.Kami sedar bahawa sepanjang di bawah pemerintahan kerajaan yang lama hari itu ada masalah- masalah yang belum diselesaikan. Jadi kami cuba sedaya-upaya untuk memberikan perhatian dan mendengar rintihan daripada rakyat yang ada masalah mereka bersangkutan dengan agensi-agensi kerajaan dan pihak berkuasa kerajaan yang belum diselesaikan.

InsyaAllah kami akan cuba memberikan kepedulian dan akhirnya dapat menyelesaikan masalah-masalah yang telah lama dihadapi dan ditanggung oleh rakyat dan juga pengusaha-pengusaha yang ada di negeri Perak.

Jadi anggaplah kedatangan Pakatan Harapan hari ini dengan sokongan daripada rakyat sebagai satu wadah baharu dan kita lihat ini adalah satu cahaya yang baharu kepada rakyat negeri Perak dan anggaplah dianya sebagai `Kemerdekaan kali kedua’ rakyat negeri Perak.

Jadi salam hormat Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Sekian Terima Kasih.

Dato’ Seri Ir Nizar bin Hj Jamaluddin

Exit mobile version