Independent

PM: Media di Malaysia Harus Bebas

Reading Time: < 1 minute

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan media di Malaysia haruslah bebas.
Katanya, beliau dan rakan-rakan dalam pimpinan kerajaan buat keputusan sangat jelas bahawa media di Malaysia harus bebas.

Menurut Perdana Menteri, media juga tidak semestinya perlu terlalu memuji kerajaan seperti dilakukan sebelum ini.

Pengkritik kerajaan pula kata beliau, harus diberikan ruang untuk menyatakan pandangan secara terbuka.

Saya dan rakan-rakan dalam pimpinan kerajaan buat keputusan sangat jelas bahawa media di Malaysia harus bebas. Tetapi selain itu kritikan terhadap Perdana Menteri atau pemimpin itu harus dibenarkan. Tidak harus menimbulkan rasa cemas dan takut dalam kalangan pemberita.

Ada beberapa media… kalau dipertahankan integriti, kebebasan dan mutu nampaknya mampu dikekalkan,’’ kata Anwar.

Anwar merangkap Menteri Kewangan turut mengumumkan dana RM1 juta bagi Tabung Kasih @HAWANA bertujuan membantu pengamal media, bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan bantuan.

Di majlis itu, seramai tiga orang pengamal media veteran menerima inisiatif berkenaan iaitu bekas wartawan China Press, Ou So Ha, 74, bekas wartawan sambilan Tamil Malar, V. Maniam,76, dan bekas wartawan Utusan Malaysia, Haron Shafei, 65.

Sementara itu, Anugerah Hawana 2023 pula diberikan kepada Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali Datuk Lat, 72. Anwar telah menyempurnakan kedua-dua penyampaian tersebut.

Exit mobile version