Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong secara bergurau dalam menyindir memulakan titah supaya ahli dewan duduk dan jangan lari sebelum memulakan istiadat perasmian pembukaan mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen Kuala Lumpur hari ini.
Titah itu dipercayai merujuk kejadian semalam apabila hampir semua anggota parlimen pembangkang bertindak meninggalkan dewan sebaik nama speaker yang baru dilantik diumumkan.