Independent

Siva Nafi Gelar ‘Barua’ Terhadap Penyokong Nga Kor Ming

Reading Time: < 1 minute

ADUN Buntong, yang juga Penolong Setiausaha Organisasi DAP Perak, A. Sivasubramaniam hari ini tampil mengeluarkan kenyataan menafikan sekeras-kerasnya berita palsu kononnya beliau telah mengeluarkan perkataan kasar terhadap Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming seperti yang disebar luas di media sosial hari ini.

Siva dalam pada itu menyatakan beliau hanya mengeluarkan satu kenyataan media pada 13 September lalu mengenai teguran beliau terhadap Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh supaya jangan membawa isu dalaman parti kepada media.

Beliau turut mendakwa berita palsu berkenaan dibuat oleh seorang yang berniat tidak baik menyalahgunakan namanya konon beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Pada 13 September lalu, Siva telah mengeluarkan kenyataan media menegur tindakan Wong Kah Woh membawa hal-hal dalaman parti kepada media.

Pagi ini tular di media sosial satu kenyataan yang kononnya dikeluarkan oleh beliau mendakwa Nga Kor Ming dan ‘barua-baruanya’ tidak berprinsip dan ‘harus sedar diri bahawa sokongan akar umbi parti DAP terhadap Nga sebenarnya tidak sehebat seperti yang difikirkan.’

Kenyataan itu juga menyebut Nga menggunakan kuasanya untuk campur tangan dalam urusan kerajaan dan membuli EXCO sehingga mengarahkan kertas-kertas EXCO diberi satu salinan kepadanya dan keputusan mesyuarat dilaporkan kepadanya setiap minggu.

Exit mobile version