Independent

TIC Sasar 1,000 Pelajar Lepasan SPM Ikuti Program

Reading Time: < 1 minute

Ipoh, 21 Jun 2024 – Kata bijak pandai pengalaman itu mahal. Justeru dengan memiliki pengalaman sesuatu bidang kerjaya baik secara sambilan mahupun tetap ia dapat menjana pendapatan bagi menanggung kos sara hidup.

Berpegang pada prinsip ini, TAJ International College (TIC) memperkenal satu program ilmu dan pengalaman bekerja “Learn & Earn” untuk pelajar lepasan SPM.

Menurut Pengerusi Eksekutif TIC, Puan Tina Datuk Seri Tajudin, menerusi program ini para pelajar akan mempelajari bagaimana untuk melangsaikan dan menjana pendapatan sambil pelajar.

Katanya, TIC menyasarkan 1,000 pelajar untuk mengikuti program ini. Menurut beliau, bagi menjayakan usaha ini TIC dengan kerjasama HRD Corp akan mengadakan seminar Learn and Earn bersempena National Training Week (NTW) peringkat Kebangsaan.

Katanya, seminar akan berlangsung pada 25 Jun hingga 29 jun ini.

“Pendaftaran dibuka sekarang dan boleh mendaftar diri di portal NTW,” katanya pada sidang media di TIC Ipoh pada Jumaat.

Tina menambah sepanjang di TIC, pelajar akan dapat melengkapkan diri dengan ilmu dan pengalaman bekerja. Dalam masa yang sama TIC menawarkan TVET profesional kepada pelajar, katanya.

Exit mobile version