Independent

UMNO Perak Cabar Nga Kor Ming Buat Laporan Polis Segera

Reading Time: < 1 minute

IPOH: UMNO Perak mencabar dan mengalu-alukan laporan polis yang ingin dibuat Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berhubung isu undi tidak percaya kepada Menteri Besar Perak.

Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata, Nga Kor Ming perlu segerakan membuat laporan polis tersebut supaya siasatan cepat dilakukan dan apabila polis memanggilnya nanti, semua ADUN Umno akan memberikan kenyataan terhadap dakwaan tersebut.

“Jangan cabar saya, kalau cabar saya, saya pun tak ada sebab nak simpan benda ini. Dalam Dewan (Negeri) nanti saya jawab, ADUN saya akan berdiri mengaku dia dihubungi oleh siapa. Takut (mereka) malu. Pada pendapat saya Menteri Besar tahu (tentang usul undi tidak percaya).

“Saya mengalu-alukan mereka buat laporan polis. Bila lapor polis, polis akan panggil saya dan saya akan heret semua ADUN UMNO beri keterangan. Lagi cepat lagi bagus,” katanya pada sidang media di Bilik Sidang Media DUN Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan Ipoh pada Selasa.

Terdahulu, Nga Kor Ming dalam sidang media di awalnya mengakui terdapat komplot untuk menjatuhkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan akan membuat laporan polis terhadap perkara tersebut.

Exit mobile version