IPOH boleh dianggap sebagai syurga makanan selain Pulau Pinang kerana di sini terdapat bermacam jenis sajian makanan yang disediakan untuk orang ramai bukan sahaja warga Ipoh malah pelancong dari dalam dan luar negeri Perak.

Pelanggan pula berpeluang memilih makanan kegemaran mereka pada kadar harga berpatutan.

Bagi trend para penggemar makanan hari ini mereka sanggup berbelanja besar kerana ingin menikmati makanan sihat dan istimewa sambil bersantai dalam suasana tenang bersama keluarga, rakan taulan dan rakan sepejabat.

Di Ipoh kini terdapat sebuah restoran citarasa dari Lanzhou, China yang sesuai untuk dinikmati oleh pelbagai lapisan kaum dan usia iaitu Restoran ADDON White Coffee. Restoran berkonsep makanan halal ini menghidangkan sajian istimewanya yang dibawa khas dair Lanzhou iaitu mi tarik.

Mi tarik adalah sejenis mi warisan yang popular di wilayah Lanzhou, China. DAerah Lanzhou terkenal dengan mi buatan tangan yang dikenali sebagai Lanzhou noodle (mi tarik panggilan tempatan). ADDON White Coffee Food and Beverage Sdn. Bhd. membawakan resepi istimewa mi tarik ini khas untuk dinikmati warga tempatan terutama mereka yang singgah atau berada di Ipoh. Restoran ini terletak di No 64, Jalan Raja Ekram, Ipoh.

ADDON White Coffee baru saja dibuka pada 1 November 2018 dan majlis perasmiannya berlangsung pada 15 Disember 2018.

Mereka yang berkunjung ke restoran ini disarankan menikmati kopi enak ADDON White Coffee bersama pelbagai pilihan menu yang lazat terutama mi tarik yang dibawa dalam pelbagai jenis hidangan sama ada goreng, sup atau kari. Pelanggan boleh melihat sendiri bagaimana mi tarik dihasilkan secara manual menggunakan tangan (tanpa mesin) oleh pembuat mi sambil menikmati hidangan lazat yang menyelerakan.

Bahan-bahan membuat mi tarik di sini adalah 100 peratus halal dan ia dibawa khas dari Lanzhou, China yang majoriti penduduk di sana adalah beragama Islam.

Antara kepelbagaian menu yang terdapat di ADDON White Coffee adalah Nasi Ayam atau DAging Kari, Nasi Lemak, Nasi Ayam Hainan, Mi Tarik Ayam atau Daging atau Seafood dalam bentuk goreng, sup atau kari, minuman kopi panas atau sejuk, jus buah-buahan dan banyak lagi. Untuk mengetahui dengan lebih dekat, datanglah ke restoran ini dan nikmati kelazatan hidangan mi tarik buatan tangan dari Lanzhou bersama kopi istimewa ADDON White Coffee dan teh lemon.