Ingin mencari ketenangan dan bersantai bersama keluarga tersayang sambil menikmati keindahan alam semulajadi?
M&F Agro Resort ada menawarkan pakej penginapan selesa bertemakan alam semula jadi yang indah permai terletak di sebuah lokasi terpencil yang tidak begitu diketahui oleh kebanyakan orang.
Pengurus resort berkenaan, Puan Hajah Fatimah Alias berkata, resort ini yang terletak di kawasan pinggir Bandaraya Ipoh menyediakan sejumlah lapan unit chalet yang selesa.
Terletak di kawasan bukit berdekatan Taman Meru 2C, di resort ini terdapat kemudahan kolam mandi untuk kanak-kanak dan juga sungai semula jadi yang indah dengan kesegaran airnya yang dingin.
Menurut Fatimah, kadar harga satu unit chalet yang ditawarkan bermula dari RM120 untuk sehari semalam termasuk sarapan pagi untuk dua orang. Pengunjung boleh memilih katil saiz single atau double mengikut kesesuaian dan bergantung kepada kekosongan yang ada.
Selain itu terdapat juga pakej sewaan khemah berharga RM80 sehari semalam. Di dalam khemah disediakan tilam dan bantal untuk pengunjung beradu. Mereka yang memilih untuk bermalam di khemah juga disediakan kemudahan tandas dan bilik air yang berasingan.
Bagi pengunjung yang tidak berhasrat untuk menginap di resort tetapi ingin menikmati kedinginan air sungai melalui kawasan di dalam resort ini, pihak pengurusan mengenakan bayaran sebanyak RM10 dan mereka dibenarkan menggunakan kemudahan seperti bilik air dan tandas yang terdapat di situ.
Selain itu, terdapat kemudahan dan peralatan dapur untuk aktiviti memasak BBQ secara tanpa dikenakan bayaran.
Apa yang menarik lagi, pihak pengurusan resort menawarkan pelanggan menikmati buah-buahan yang terdapat di dalam kebun berdekatan ketika musim buah seperti durian dan cempedak. Kebun buahan tersebut dimiliki dan dijaga oleh pihak pengurusan.
Lokasi resort yang terletak tidak jauh dari kawasan kedai-kedai runcit dan restoran di taman-taman perumahan di kaki bukit tidak mendatangkan masalah bagi mereka yang mahu mencari makanan panas pada bila-bila masa.
Namun begitu, pengalaman bermalam di tepian sungai sambil menikmati bunyi deruan air yang damai dan menyegarkan adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Bagi yang berminat untuk menempah chalet di sini, boleh membuat tempahan melalui pautan Airbnb di sini.