Faizal Azumu Menteri Besar Baru Perak ke-12

Reading Time: < 1 minute

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Ahmad Faizal Azumu, dilantik sebagai Menteri Besar Perak ke-12.
Pelantikan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak berusia 48 tahun itu diperkenan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada istiadat angkat sumpah jawatan dan menandatangani watikah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar baru-baru ini.