Ahli EXCO Negeri Perak

Reading Time: < 1 minute

 

Setelah beberapa hari menjadi teka-teki, akhirnya portfolio Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak telahpun ditentukan. Berikut senarai nama EXCO dan portfolio masing-masing:

1. YAB Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu – Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Keselamatan, Tanah, Badan Berkanun, Sumber Asli dan Perancangan Ekonomi

2. YB Asmuni Awi – Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan

3. YB Yong Choo Kiong – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru

4. YB Yunus Jamhari – Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan

5. YB Dato. Seri Nizar Jamaluddin – Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor

6. YB Dr. Abdul Aziz bin Bari – Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Penerangan

7. YB Sivanesan A/L Achalingam – Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia

8. YB Wong May Ing – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat

9. YB Tan Kar Hing – Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan

10. YB Hasnul Zulkarnain bin Abd Munaim – Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, NGO dan Koperasi

11. YB Howard Lee Chuan How – Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan