Semua Jawatan Ahli Majlis PBT, Ketua Kampung Lantikan Sebelum Ini Ditamatkan

Reading Time: 2 minutes

Semua ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri Perak yang telah dilantik sebelum ini ditamatkan perkhidmatan mereka dengan serta merta.

Menteri Besar Perak, YAB Ahmad Faizal Dato’ Azumu berkata, begitu juga jawatan ketua-ketua kampung namun ianya diteruskan sehingga 30 Jun 2018 sebelum ditamatkan serta-merta bagi lantikan ketua kampung yang baharu.

Serentak itu dalam dalam masa yang sama, katanya, semua kemudahan awam terutama dewan orang ramai sebagainya yang sebelum ini dikawal selia ketua kampung diambil alih sepenuhnya oleh pejabat daerah atau pejabat penghulu.

“Mesyuarat Exco bersetuju untuk memberi focus kepada tawaran manifesto Pakatan Harapan ….Kita angkat dalam majlis mesyuarat tawaran daripada pakatan harapan ini dipersetujui untuk menjadi agenda utama pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan Perak sekarang,’’ katanya.

Faizal berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Exco kerajaan negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu.

Beliau juga memberitahu media bahawa pembubaran agensi di dalam kerajaan seperti Institut Darul Ridzuan (IDR) akan dikaji.

“Setakat ini tidak ada …Kalau apa yang dah dibuat oleh kerajaan Pusat tentu kita akan ikuti, namun agensi seperti IDR belum kita bincangkan.

“Namun pandangan setiap satu angensi yang telah ditubuh bawah pentadbiran dulu jika ianya memberi manfaat kepada rakyat akan kita teruskan malahan akan diperbaiki tapi bukan semata-mata kerana kita ambil kerajaan kita nak hapuskan segala perkara yang telah dibuat tapi akan cuba baiki demi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Contoh guru Kemas, agama sebagainya..So kita tidak akan bertindak menekan zalim mana pihak namun semua sedia maklum apabila dalam latikan politik apabila wadah politik yang kita pegang tak diterima rakyat maka cara beretika tanpa tindakan mereka perlu letak jawatan.’’ Katanya.

Faizal memuji pentadbiran kerajaan negeri Perak yang disifatnya professional dan beliau menghargainya serta yakin hubungan baik penjawat awam dengan pentadbiran terus baik dan harmoni.

Ditanya mengenai Pangkor Dialogue apakah kerajaan mahu meneruskannya beliau berkata “kalau semua rakyat tolak Pangkor Dialogue itu akan kita buat kalau seperti juga rakyat tak mahu lihat ketirisan, penyelewengan kuasa, rasuah dalam pentadbiran itu perkara itu akan kita berikan keutamaan…Tapi jika rakyat mahu program seperti beri ilmiah seperti Pangkog Dialgue diteruskan, kita terus malah kita baiki lagi dengan lebih baik.

“Malahan ada orang menyebut kepada saya tentang perkataan ataupun nama Pulau Pangkor…Saya kata Pangkor bukan milik Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan ia adalah milik negeri Perak dan kita tak payah segan sila nak guna nama Pangkor, Taiping, Ipoh dan sebagainya.’’ ujarnya.