Koronavirus Dan Petunjuk Penting Ketika Ini

Reading Time: 4 minutes

Foto oleh Flavio Lo Scalzo/Reuters

ULASAN | Apa yang ingin disampaikan di sini mungkin tidak pernah disampaikan oleh sesiapa pun di dalam negara ini. Mungkin Kementerian Kesihatan pun tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegini. Mereka sedang sibuk berperang melawan musuh yang tidak kelihatan tetapi musuh itu ada di mana-mana. Biarlah mereka teruskan kerja. Itu tugas mereka. Mereka cuba menyelamatkan nyawa walaupun ketentuannya hanya Allah saja yang mengetahui. Kita hanya mampu doakan yang terbaik buat semua.

Amat penting untuk kita warga Malaysia yang cintakan ahli keluarga supaya membaca dan mengikuti saranan yang akan disampaikan di dalam rencana ini.

Virus korona ini memang tidak mengenal sesiapa. Semua bangsa, semua kepercayaan agama, semua warna kulit, semua kategori usia tidak terlepas dari ancaman virus ini. Dari bayi yang baru lahir hingga ke warga emas berumur 70 atau 80 tahun. Malah Tun Mahathir berusia 94 tahun juga mengkuarantinkan dirinya sebelum disahkan negatif virus itu.

Data Johns Hopkins University

Melihat kepada statistik yang dibuat oleh Johns Hopkins University (sehingga waktu rencana ini ditulis) sudah mencecah 409,014 disahkan positif di seluruh dunia. Dari timur hingga ke barat, dari utara ke selatan tidak ada yang terlepas. Cuma benua Antartika sahaja tidak merekodkan kes korona. Ini kerana benua itu tidak berpenghuni, atau setidaknya semua penghuni di sana datang dari negara-negara lain di dunia dan mereka hanya tinggal buat sementara di sana.

Boleh dikatakan Antartika sahaja tempat yang selamat buat masa ini jika mahu lari dari korona. Penduduk negara di seluruh dunia hanya boleh berserah dan berdoa sahaja agar mereka tidak menjadi penyumbang kepada statistik.

Kerajaan di seluruh dunia meminta warganegara duduk diam di rumah sahaja, jangan keluar jika tidak perlu. Tapi keperluan untuk keluar rumah tetap ada. Ia tidak boleh dielakkan. Jika tidak keluar, bekalan asas akan kehabisan. Tidak ramai orang di dunia yang mampu menyimpan bekalan makanan untuk berbulan-bulan akan datang. Apabila sampai masa, mereka perlu keluar juga mendapatkan bekalan terutama makanan segar. Setiap kali keluar, mereka akan terdedah kepada risiko korona. Kerana korona tidak boleh dilihat, tidak siapa tahu siapa yang membawa virus. Orang yang membawa virus juga tidak sedar mereka ada virus. Apabila mereka berdekatan atau berinteraksi dengan orang yang sihat, risiko transmisi adalah amat tinggi. Jarak sosial atau lebih tepat jarak fizikal 1 meter agak berisiko. Ramai yang tidak dapat membuat anggaran sejauh mana 1 meter itu. Ada yang berdiri hampir 1 kaki mereka fikir mereka berada 1 meter jauhnya. Ini amat menyedihkan. Begitu ramai yang tidak ambil peduli tentang jarak fizikal ini. Masyarakat tidak dilatih untuk beratur dengan jarak 1 meter. Sebaliknya mereka biasa dilatih dengan beratur memegang bahu orang di hadapannya. Itulah jarak yang diajar di padang semasa subjek senaman. Ini membuatkan kempen jarak sosial agak kurang berjaya.

PETUNJUK PENTING

Setelah lebih seminggu perintah kawalan pergerakan atau dengan kata lain berkurung di rumah, angka kematian di dalam negara dan di seluruh dunia sudah mula memberi petunjuk yang penting – sesuatu yang tidak ramai orang kisah.

Pertama, hampir semua kes kematian berlaku akibat korona adalah disebabkan masalah pernafasan. Ia lebih kepada jangkitan di paru-paru (pneumonia). Simptom lain seperti demam panas, sakit tekak, sakit kepala dan batuk tidak menyebabkan kematian. Yang membawa maut ialah sesak nafas.

Sesak nafas berlaku apabila pesakit mengalami masalah pernafasan yang melibatkan masalah jangkitan pada paru-paru (pneumonia).

Kedua, virus korona ini lebih merbahaya dan berisiko membawa maut jika ia menjangkiti golongan warga emas. Menurut laporan Institut Kesihatan Itali, 85% kematian melibatkan warga emas berusia lebih 70 tahun. Negara itu juga mempunyai jumlah warga emas kedua tertinggi selepas Jepun. Tidak hairanlah Itali mencatatkan jumlah kematian yang lebih tinggi dari China.

UmurKadar Kematian DisahkanKadar Kematian Keseluruhan
80+21.9%14.8%
70-798%
60-693.6%
50-591.3%
40-490.4%
30-390.2%
20-290.2%
10-190.2%
0-90%

Manakala menurut laporan bersama yang dikeluarkan oleh WHO dan China, kanak-kanak sehingga pemuda berusia bawah 19 tahun hanya merekodkan 2.4% dari semua kes koronavirus yang disahkan. Dari jumlah itu, hanya 0.2% dilaporkan sebagai kritikal.

Ini bermakna hampir 0.2% sahaja yang boleh membawa risiko kematian kepada kanak-kanak.

Kebanyakan kes maut adalah golongan berusia dari 60 tahun dan ke atas. Ia lebih tinggi di kalangan mereka berusia lebih 65 tahun.

Hanya kes-kes tertentu yang menyebabkan kematian terhadap kumpulan yang lebih muda – mungkin kerana ia terlewat mendapatkan rawatan atau faktor lain seperti jenis rawatan yang diberikan.

Seperti kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah (24 Mac) supaya segera ke hospital untuk peluang sembuh yang lebih tinggi.

Ini bermakna mereka yang pergi lebih awal mendapatkan rawatan mempunyai peluang sembuh yang lebih tinggi – dengan kata lain, yang terlewat mendapatkan rawatan setelah mengalami simptom mempunyai peluang tipis untuk sembuh.

Bilangan & No. KesUmur
1. 17834
2. 35860
3. 15258
4. 23850
5. 1,03179
6. 1,03240
7. 29057
8. 78169
9. 89048
10. 25974
11. 1,07070
12. 1,11470
13. 1,00649
14. 59551
15. 1,51971
16. 1,33475
17. 1,25166

Data bilangan kes kematian, nombor kes dan umur pesakit di Malaysia. (dikemaskini pada 25 Mac 2020)

Data menunjukkan 6 dari kes kematian di negara ini melibatkan warga berumur lebih 70 tahun, 3 berumur antara 60 hingga 69 tahun.

Dari 1,625 kes positif di Malaysia, 16 sudah meninggal dunia manakala sebanyak 183 sembuh dan dibenarkan pulang. Ini bermakna masih ada 1,426 orang yang masih terus menerima rawatan di hospital-hospital dalam negara termasuk lebih dari 40 yang memerlukan ventilator.

JAUHI WARGA EMAS BUAT SEMENTARA WAKTU

Baiklah. Apa yang ingin dinyatakan di sini ialah bagaimana cara yang berkesan untuk mengelak dari menjadi penyumbang kepada statistik kematian di dalam negara.

Bagi golongan muda, tidak kira jika sudah dijangkiti atau tidak sedar dirinya sedang dijangkiti, elakkanlah dari bertemu dengan warga emas. Walaupun mereka adalah ibu atau bapa, nenek atau datuk, jauhi mereka buat sementara waktu. Jangan dekati mereka. Bukan bertujuan untuk menyisihkan mereka dari masyarakat. Tidak. Jauh sekali dari berniat begitu. Ini untuk kebaikan mereka.

Ada pelbagai cara lain untuk menunjukkan kasih sayang terhadap mereka buat seketika ini. Gunakan teknologi komunikasi tanpa perlu menziarahi secara fizikal. Jika ingin menghantar sesuatu, gunakan khidmat penghantaran.

Golongan muda ‘nampaknya’ imun terhadap virus baru ini tetapi tidak kepada golongan warga senior (warga emas). Statistik Johns Hopkins setakat ini menunjukkan seramai 106,593 telah sembuh dari korona – ia 25% dari jumlah kes yang disahkan. 

PNEUMONIA ADALAH KOMPLIKASI KORONAVIRUS

Terdapat petunjuk bahawa kanak-kanak jika diberi rawatan yang betul mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh melawan virus ini. Sama seperti masalah pneumonia. Kanak-kanak juga mempunyai peluang yang tinggi untuk sembuh dari pneumonia berbanding warga emas.

Di Amerika, 50,000 kematian direkodkan setiap tahun akibat pneumonia adalah melibatkan warganegara berusia lebih 65 tahun.

Jadi, tidak ada perbezaan yang jauh di antara pneumonia dengan koronavirus. Cuma kaedah rawatan dan vaksin yang baru perlu diperolehi untuk merawat koronavirus – yang ketika ini masih di dalam kajian dan pembangunan.