Koronavirus: 106 Kes Baru, 1 Kematian Dicatat Hari Ini

Reading Time: < 1 minute

 

PETALING JAYA | Sebanyak 106 kes koronavirus baru dan 1 kematian dicatatkan hari ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media di sini hari petang tadi.

Daripada jumlah itu, 43 adalah mereka yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan tabligh di Sri Petaling pada awal bulan ini.

Noor Hisham juga berkata sehingga kini sebanyak 64 dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif (ICU) di mana 24 memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator).

Kes kematian hari ini adalah seorang lelaki berusia 71 tahun dari Melaka. Beliau mempunyai hubungan rapat dengan salah seorang pesakit Covid-19 yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Sri Petaling. Beliau juga mempunyai sejarah penyakit kronik yang pernah menerima rawatan di hospital di Muar.

“Dari 15 kematian, 10 mempunyai kaitan dengan perhimpunan tabligh sementara yang lain mempunyai kaitan dengan sejarah perjalanan ke luar negara,” jelas beliau.