SUKMA 2020 Ditunda Ke Satu Tarikh Baru

Reading Time: < 1 minute

Seperti mana Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang terpkasa ditunda, pesta sukan tempatan Sukma 2020 yang dijadualkan berlangsung di Johor pada bulan Julai ini juga terpaksa ditangguhkan ekoran wabak koronavirus.

Menteri Belia dan Sukan, Reezal Mercian Naina berkata keputusan itu dibuat semasa mesyuarat majlis jawatankuasa tertinggi Sukma yang diadakan dalam bentuk sidang video hari ini.

Tarikh baru untuk acara sukan itu akan ditentukan kemudian sama ada dalam bulan Disember atau akan dilonjakkan ke tahun hadapan (2021).

Reezal berkata beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (NSC) Datuk Ahmad Shapawi Ismail, dengan kerjasama Sekretariat Sukma Johor, untuk menjalankan kajian menyeluruh dengan mengambil kira maklum balas daripada semua pihak berkepentingan.

Tinjauan ini perlu mengandungi semua aspek kelayakan dan penyediaan atlet, implikasi terhadap aktiviti promosi, pemasaran, program pra-Sukma, penajaan, penjenamaan, liputan media, logistik, kemudahan untuk acara sukan spesifik untuk dibentangkan di mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma.