Ahmad Faizal Dilantik Semula Sebagai Menteri Besar

Reading Time: < 1 minute

Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu kembali dilantik menjadi Menteri Besar Perak setelah beliau meletakkan jawatan itu pada 10 Mac lalu.

“Pada pertimbangan Sultan Dato’ Seri Faizal Azumu, ADUN Chenderiang mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan NegerI untuk dilantik sebagai menteri besar Perak ketiga belas,” menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor.

Upacara angkat sumpah sebagai menteri besar diadakan di Istana Iskandariah pada petang ini selepas solat Jumaat.