Amanah Perak Kesal, Kecam Pembentukan Kerajaan Pintu Belakang

Reading Time: < 1 minute

IPOH | Parti Amanah Negara negeri Perak dalam satu kenyataan kesal dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan 4 ADUN dari Pakatan Harapan yang keluar parti dan bersama-sama membentuk kerajaan pintu belakang.

Tindakan itu yang disamakan sebagai mencabuli mandat rakyat adalah pengkhianatan terhadap rakyat yang telah memilih mereka melalui pilihanraya umum.

“AMANAH Perak yakin rakyat terus kekal bersama dengan perjuangan PH dan akan bekerja lebih keras untuk mendapat mandat rakyat melalui pilihan raya yang demokratik,” kenyataan itu dipetik.

Pendirian Amanah Perak ini dihantar melalui Setiausahanya, Salman Hj Saleh.