Senarai Kabinet Baru Lepasi Saringan SPRM

Reading Time: < 1 minute

Foto Mohd Sahar Misni/The Star

PUTRAJAYA | Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman senarai Menteri kabinet dan Timbalan Menteri mengatakan bahawa semua yang dipilih telah melalui tapisan SPRM dan PDRM.

Beliau berkata mereka yang tersenarai itu terdiri dari yang tidak terbabit dengan rasuah ataupun jenayah.

Beliau akan memastikan barisan kabinet yng berfungsi dan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berfokus.

Oleh itu empat orang menteri kanan dilantik yang akan membantu beliau menguruskan hal ehwal kabinet yang berkaitan ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur dan juga pendidikan sosial.

Menteri kanan yang akan membantu menjalankan tugas-tugas perdana menteri, mempengerusikan mesyuarat kabinet ketika ketiadaan beliau semasa berada di luar negara. Oleh itu, tiada keperluan buat masa ini untuk melantik seorang timbalan perdana menteri.

Kementerian pendidikan yang dibebani dengan bidang tugas yang besar dan mencabar kerana ia meliputi peringkat pra-sekolah hingga ke pengajian tinggi distruktur semula dengan mewujudkan kembali kementerian pengajian tinggi.
Kementerian pendidikan dikekal dan diperkasakan.

Sebagai negara yang mepunyai penduduk pelbagai kaum dan budaya, satu kementerian yang khusus untuk kelangsungan dan survival negara diwujudkan dinamakan kementerian perpaduan negara.

Aspek kelestarian alam sekitar juga dititik beratkan demi generasi akan datang dengan mewujudkan kementerian yang khusus dinamakan kementerian alam sekitar.

Untuk pembangunan sosio ekonomi rakyat di Sabah dan Sarawak dan memastikan semangat perjanjian Malaysia 1963 akan diterjemah dalam bentuk dasar dan program yang akan memberikan manfaat secara langsung. Satu portfolio yang khusus mengenai hal ehwal di Sabah dan Sarawak diwujudkan.