Hanya Kawasan Terdapat Lonjakan Kes Akan Ditutup

Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA | Kerajaan hanya akan menutup kawasan yang terdapat peningkatan kes koronavirus apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa esok, menurut Menteri Pertahanan Kluster Keselamatan, Datuk Ismail Sabri Yaakob semasa sidang media harian di sini hari ini.

Tambahnya, penutupan kawasan tertentu tidak akan dikenakan terhadap seluruh negara kecuali di kawasan yang mengalami peningkatan drastik kes.

“Kami akan kenal pasti berdasarkan lokasi. Sekiranya terdapat kes positif, kami akan menutup kawasan yang berkenaan, dan bukan seluruh negara kerana tempat-tempat lain masih hijau. Jadi jika satu kawasan mempunyai lonjakan, hanya kawasan itu yang akan ditutup.

“Ini adalah langkah kerajaan untuk menangani peningkatan besar dalam kes Covid-19,” katanya.

Semalam Malaysia mencatat 105 kes positif baru, peningkatan dari 2 digit kepada 3 digit sejak 16 April. Namun menurut statistik, peningkatan itu adalah berpunca dari kes-kes import iaitu warga negara Malaysia yang pulang dari luar negara.