Jamuan Hari Raya Di Bukit Merah Taiping

Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA – Jamuan Aidilfitri PPBM akan diadakan di Bukit Merah, Taiping pada 6hb. Julai ini menurut Pengerusi PPBM Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam sidang media di pejabat PPBM hari ini.

Ditanya mengenai tindakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng menggunakan bahasa Mandarin dalam kenyataan rasmi, beliau menyatakan ia hanya kesilapan kecil. Berkenaan permohonan menjadi ahli PPBM, ahli UMNO yang biasa yang tidak mempunyai jawatan akan diterima masuk manakala permohonan dari bekas pemimpin dan wakil rakyat UMNO akan diteliti terllebih dahulu.