Kerajaan Negeri Tidak Halang Pembangkang Guna Dewan Orang Ramai Tapi Dengan Syarat

Reading Time: < 1 minute

Kerajaan negeri menafikan menyekat pembangkang menggunakan dewan orang ramai untuk mengadakan sebarang acara atau majlis.

Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri Perak yang juga ADUN Kuala Kurau, Yunus Jamhari dalam satu kenyataan media.

Menurut kenyataan itu lagi, selagi mereka membayar sewa dan menjaga kemudahan dengan baik, kerajaan tiada halangan untuk membenarkan dewan orang ramai digunakan. Mereka boleh menggunakan untuk sebarang majlis atau program seperti jamuan raya, bersukan dan lain-lain. Namun, kerajaan tidak akan benarkan ia digunakan untuk ceramah menghentam kerajaan.

Kenyataan itu juga mengingatkan pihak tertentu supaya tidak berselindung di sebalik penganjuran program ilmu untuk menyebar fitnah hingga boleh menimbulkan perpecahan dalam masyarakat dengan mengundang tokoh-tokoh kontroversi.

Selain itu, kerajaan juga tidak akan membenarkan dewan orang ramai dijadikan markas pilihanraya atau mesyuarat parti termasuk di sekolah-sekolah serta memaksa penjawat awam hadir ke program yang berbaur politik kepartian, menurut kenyataan itu.