Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the amp domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the gotmls domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170
EKSKLUSIF: Kerajaan PH Perak Komited Kerjasama Dengan NGO Tangani Isu Alam Sekitar – Independent

EKSKLUSIF: Kerajaan PH Perak Komited Kerjasama Dengan NGO Tangani Isu Alam Sekitar

Reading Time: 2 minutes

IPOH: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited memperjuangkan kelestarian alam sekitar di negeri Perak dengan mengambil pendekatan mewujudkan kerjasama jitu dengan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan alam sekitar.

Malah menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar, Teknologi dan Penerangan YB Prof Dr. Abdul Aziz Bari, kerajaan tidak ada masalah berdepan dengan NGO-² ini malah akan membentuk satu kerjasama dan persefahaman bagi menangani isu-isu berkaitan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar.

“Jadi kerajaan PH komited, saya tak jangka dan merasakan bahawa akan ada masalah,malah kita mungkin dapat membentuk satu persefahaman dan kerjasama dengan mereka dan saya rasa mungkin mereka mempunyai pengalaman, kepakaran berkaitan alam sekitar yang boleh dimanfaatkan bersama.

“Kecuali kerajaan rakus, tebang balak nak kaut kekayaan itu soal lain… Tapi bagi saya itu bukan falsafah pentadbiran kita (Pakatan Harapan), jadi tak perlu takut pada NGO sebab kita nak mentadbir dengan cara yang lestari… bukan cara yang merosakkan, cara rakus dan tidak mesra alam,” katanya kepada Independent.my di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan Ipoh.

Aziz menjelaskan soal pemuliharaan alam sekitar di Perak amat penting dan kerajaan baharu hari ini komited bagi memastikan ia dijaga dengan cara yang lestari dan selamat.
Apabila ditanya akan ada pihak yang mempersoalkan kononnya kerajaan terikut telunjuk ngo, beliau menolak dan menyangkal keras dakwaan itu.

“Saya tidak nampak mengapa kita harus dilabel sebagai `kerbau dicucuk hidung’.. ertinya tidak perlu kerajaan mengikut telunjuk dan seperti saya katakan bahawa tujuan NGO itu sendiri adalah memelihara alam sekitar dan kerajaan memang komited kepada idea itu… saya tidak nampak timbul isu kerajaan akan diperalatkan, diperkudakan oleh NGO berkenaan,” ujarnya.
Aziz optimis atas kerjasama dan persefahaman ini nanti dapat merealisaikan sepenuhnya usaha ke arah melestarikan alam sekitar di negeri ini.

“Dan mungkin saya lebih merasakan soal kerjasama dengan mereka membantu kita dalam hal yang kita tidak ada. Kita bantu mereka yang kita mampu. Jadi tak timbul soal pertembungan dengan pembangunan.” katanya.

Baru-baru ini Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Rakan Segari menyenaraikan 13 isu berkaitan alam sekitar dan sosial yang harus diperjuangkan bagi kelestarian alam sekitar.
Penyelaras Rakan Segari, Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata, kesemua isu berbangkit berkenaan diperoleh hasil pengumpulan maklumat berdasarkan pemerhatian, kajian kes, rujukan dokumentasi dan aduan.

Menurutnya, 13 isu berkenaan disenaraikan berdasarkan keutamaan melibatkan dua kluster iaitu alam sekitar dan sosial.

“Isu yang dibangkitkan ialah cadangan dua projek industri di kawasan sensitif alam sekitar tahap 1; pemusnahan hutan paya pakau; kawasan pelupusan sisa pepejal pihak berkuasa tempatan iaitu di Teluk Mengkudu; pemusnahan dan eksploitasi hutan simpan Segari Melintang.

“Selain itu, isu pencerobohan bot pukat tunda; pengurusan sisa pepejal di Teluk Senangin; pengurusan pusat pemuliharaan penyu Pasir Panjang; perlombongan di kawasan perairan; gangguan lalat; kekurangan dan penyelenggaraan kemudahan asas di Teluk Senangin; penternakan babi dan pemansuhan sebahagian tanah rizab Melayu juga akan dibangkitkan, ” katanya.

Meor Razak berkata, beliau berharap pihak berkuasa negeri dapat mengambil maklum berkenaan perkara itu dan mencari jalan penyelesaian. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Hari Bumi Rakan Segari di Hutan Lipur Pantai Pasir Panjang di sini, baru-baru ini. Rakan Segari melibatkan beberapa NGO seperti Sahabat Alam Malaysia (SAM), Persatuan Sahabat Alam Perak (Kuasa); Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka); Persatuan Rekreasi Alam Sekitar Perak (Perasap) dan lain-lain.