KKM Kesan Sub-kluster Baru, Jumlah Sembuh Kian Meningkat

Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA | Kerajaan telah mengenal pasti lima kluster tertinggi yang menyumbang kepada peningkatan kes koronavirus di seluruh negara.

Selain kluster perhimpunan tabligh di Seri Petaling yang telah menyumbang 1,682 kes positif, kluster perhimpunan agama di Kuching, Sarawak (112 kes), majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi (94 kes) dan kluster yang pulang dari Itali. Itali merupakan negara kedua tertinggi ketika China mencapai kemuncak pada pertengahan bulan Mac lalu.

Kementerian Kesihatan juga telah mengesan sub-kluster dari perhimpunan Seri Petaling di Rembau, Negeri Sembilan. Kes di Rembau telah mencatatkan 27 kes.

Hari ini, KKM mengumumkan pertambahan 109 kes baru dengan 2 kematian. Namun jumlah yang sembuh sebanyak 121 juga menunjukkan trend peningkatan walaupun kurang dari catatan semalam.