Kumpulan Pemilik Harley Davidson Adakan Konvoi Tema Sejarah di Perak

Reading Time: 5 minutes

Pada sambutan bulan kemerdekaan yang lepas, kumpulan pemilik motosikal berkuasa tinggi model Harley Davidson yang menamakan diri mereka KINGSZ MG, telah mengadakan jelajah (konvoi) Kingz MG Annual Ride atau KAR2019 ke negeri Perak pada 13 hingga 15 September yang lalu.

Konvoi yang diadakan secara tahunan itu merupakan kali ketiga diadakan selepas kali pertama diadakan di Johor (KAR2017), kemudian kali kedua melalui Pantai Timur di Terengganu (East Coast Ride Terengganu 2018) dan konvoi di Perak ini dinamakan Perak Historical Ride 2019.

Antara objektif program diadakan ialah untuk merapatkan silaturrahim antara ahli dua negara iaitu ‘Kingz Mother Chapter’ (Malaysia) dengan ‘Singapore Chapter’

Antara objektif program diadakan ialah untuk merapatkan silaturrahim antara ahli dua negara iaitu ‘Kingz Mother Chapter’ (Malaysia) dengan ‘Singapore Chapter’. Selain itu, ia dapat memupuk semangat perpaduan antara kaum serta amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti pemotoran.

Program yang diadakan sempena bulan kemerdekaan ini juga dapat menyemarakkan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang konvoi dari Kuala Lumpur ke destinasi-destinasi di negeri Perak.

Antara yang dilawati ialah Pejabat Pelancongan negeri dan destinasi makanan tempatan yang popular. Ini dapat membantu mempromosi sektor pelancongan tempatan.

Konvoi KAR2019 ini disertai 112 pemilik motosikal Harley Davidson dari kedau-dua negara Malaysia dan Singapura. Kings MG Malaysia Chapter mempunyai seramai 130 ahli manakala Singapore Chapter mempunyai 30 ahli. Ahli Kingz ditambah dari masa ke masa sejak penubuhannya pada 2015.

KAR 2019 juga mempunyai Rakan Strategik, iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku Penyiar Rasmi, Harley Davidson Kuala Lumpur (H-D KL) selaku Teknikal Partner dan Gaya Travel Magazine selaku rakan korporat.

Laporan program konvoi “Perak Historical Ride KAR2019”

Hari Pertama : 13hb September 2019 (Jumaat).

Acara bermula di Wisma Radio RTM, dimulai dengan ucapan alu-aluan Pengarah KAR 2019, En. KJ, Founder Kingz MG, En. Harry dan Brigadier General (B) Dato’ Mohamed Arshad bin Mohamad Raji, Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan dan diikuti penyerahan plug.

Seterusnya, ucapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Multimedia dan diikuti penyerahan plug. Lagu Negaraku dan Malaysia Bersih dinyanyikan peserta konvoi dan tetamu yang hadir. Sebelum acara flag off, doa selamat telah diaminkan oleh tetamu yang hadir. Acara flag off telah dibuat siaran secara langsung melalui program Selamat Pagi Malaysia (SPM), selaku badan penyiar rasmi KAR 2019 pada pagi tersebut.
Acara “Flag Off” telah disempurnakan oleh YB Tuan Gobind Singh Deo. Menteri Komunikasi dan Multimedia tepat jam 9:45 pagi dan disiarkan secara langsung melalui program Selamat Pagi Malaysia (SPM). Konvoi seramai 112 penunggang Harley Davidson ini telah dikawal oleh 15 buah motosikal trafik dan 2 buah kereta peronda polis sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Negeri Perak dan program ini berlangsung selama 3 Hari 2 Malam. Konvoi ini juga telah disertai oleh sebuah ambulan JPAM, trak penunda H-D KL, 4 buah SUV, 4 buah kereta dan sebuah bas express 44 penumpang bergerak ke Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Perdana dan penyerahan plug kepada Mr. Edmund Teoh Kheng Yaik, Pegawai Khas kepada YB Therese Kok, Menteri di Kementerian Industri Utama merangkap Parlimen Seputeh.

Seterusnya, konvoi telah bergerak ke Harley Davidson Kuala Lumpur (HDKL) untuk penyerahan plug dan buku cenderamata. Konvoi meneruskan perjalanan semula dan berhenti sebentar di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, Teluk Intan untuk membawa bersama YB Tuan Nga Kor Ming, Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan menaiki motorsikal Harley Davidson ke Dataran Menara Condong, Teluk Intan. Penyerahan plug telah disampaikan kepada YB sebagai tanda terima kasih. Konvoi meneruskan perjalanan lagi ke Muzium Sejarah Pasir Salak. Peserta konvoi menikmati hidangan makan tengah hari di Pasir Salak Eco Resort. Selesai makan tengah hari dan solat, konvoi meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir iaitu di Kellie’s Castle, Batu Gajah. Konvoi selamat sampai ke destinasi pada jam 7.00 malam di M Roof Hotel, Ipoh, selaku penginapan rasmi KAR 2019.

Hari Kedua : 14hb September, 2019 (Sabtu).

Konvoi berlepas tepat jam 9:00 pagi ke destinasi pertama kami di Tasik Taiping untuk sessi bergambar. Seterusnya, konvoi telah bergerak ke Bandar Diraja Kuala Kangsar di mana kami telah berhenti untuk sesi bergambar di hadapan Masjid Ubaidiah, Kuala Kangsar. Masjid ini merupakan mercu tanda Bandar Diraja Kuala Kangsar. Konvoi telah berhenti untuk makan tengah hari dan berehat di Sayong Resort, Kuala Kangsar. Konvoi seterusnya bergerak ke destinasi terakhir iaitu ke Kampung Kacang Putih, Buntong, Ipoh. Kami diraikan dengan jamuan ringan dan “goodies bag makanan” oleh pihak kedai Kacang Putih. Konvoi selamat sampai di
M Roof Hotel jam 3:30 petang untuk berehat.

Pada sebelah malamnya, Kingz MG telah mengadakan Majlis Makan Malam di Ballroom M Roof Hotel. Majlis makan malam Kingz MG telah dimulai dengan tarian “Banghra” oleh Persatuan Sikh Ipoh dan “Selamat Datang” daripada Tourism Perak . Majlis makan malam ini diserikan dengan kehadiran tetamu VIP:-
1. Puan Hajah Zuraida Mohd Taib : CEO Tourism Perak.
2. En. Nuar Mohd. Diah : CEO Gaya Travel Magazine/Motac.
3. Puan Mazuin bte Zainal Abidin. Tourism Malaysia.
4. YM Tunku Mazlina Tunku Abd Aziz : Onine Alliance (M) Sdn. Bhd. : Managing Director.

Di majlis makan malam tersebut, Kingz MG juga telah menyerahkan plag, scrol dan buku cenderamata kepada para penyumbang KAR 2019. Anugerah “Iron Butt” dan “To The Bone” telah diberikan kepada Kingzmen daripada Mother Chapter dan Singapore Chapter. Acara seterusnya ialah acara potong kek ulangtahun. Penyerahan sumbangan wang khairat kematian kepada ahli kelab yang kematian ibu/bapa baru-baru ini. Acara cabutan nombor bertuah, Best “Male’ “Female & Pasangan Pakaian Terbaik juga turut diadakan. Sesi penyarungan patch untuk ahli baru Kingz MG Mother Chapter dan Singapore Chapter juga dibuat pada malam tersebut.

Acara kemuncak pada malam tersebut ialah pelancaran Video Footage Rasmi Kingz MG dan pelancaran album Kingz di mana sebanyak 6 lagu telah berjaya dihasilkan oleh ahli Kingz MG sendiri. Kingzmen Colin telah mencipta lirik dan lagu untuk Kingz MG.

Hari Ketiga : 15hb September 2019 (Ahad).

Konvoi berlepas tepat jam 9:00 pagi dari M Roof Hotel untuk ke destinasi pertama iaitu Bangunan Bersejarah Stesen Keretapi Ipoh untuk sesi bergambar kelab.

Seterusnya, Kingz MG telah bergerak ke Sekolah Semangat Maju, Kampung Tawas, Ipoh untuk projek CSR. Sekolah Semangat Maju merupakan sebuah sekolah yang ditadbir selia oleh sebuah NGO di Ipoh, Perak. Sekolah Menengah Semangat Maju, Ipoh mempunyai pelajar “Down Syndrome” sebanyak 81 orang, berserta pelajar bengkel seramai 13 orang perempuan dan 12 lelaki dengan kemudahan 6 buah asrama. Sekolah Semangat Maju juga mempunyai cawangan di Batu Gajah, Sitiawan, Taiping dan Kuala Kangsar di mana kesemua cawangan tersebut mempunyai sekolah dan bengkel masing-masing, manakala cawangan Ipoh pula, selain sekolah dan bengkel, mereka juga mempunyai kilang sebagai tambahan pembelajaran kepada para pelajar “Down Syndrome” tersebut sebagai persediaan untuk mereka apabila telah keluar daripada Sekolah tersebut. Kami telah memperuntukkan masa selama 2 jam di sekolah tersebut dan mengadakan pelbagai aktiviti bersama, seperti menyertai persembahan, menyumbang makanan asas, mengadakan bayaran untuk menaiki motor H-D bersama-sama Kingzmen dan kutipan derma daripada Kingzmen. Alhamdulilah, Kingz MG telah berjaya mengumpulkan dana hampir RM9,000.00 untuk sekolah tersebut sepanjang 2 jam program CSR kami di sana.

Selepas selesai projek CSR, kami telah berhenti untuk makan tengah hari dan berehat di Restoran Simpang Tiga, Ipoh. Selesai makan tengah hari, kami meneruskan semula perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Alhamdulilah, kami telah selamat sampai di H-D KL sekitar jam 4:30 petang dan disajikan dengan minum petang oleh pihak H-D KL. Program berakhir dengan sesi Hi Hi Bye Bye bersama pihak Polis Trafik, H-D KL, JPAM dan peserta yang menyertai konvoi KAR 2019.

Oleh Suffian Hj. Siman (Pyan Glide)
Ride Lord KAR 2019
Bendahari, Kingz MG