Bajet 2020 Bukti Kewangan Kukuh – PM

  •  
  •  
  •  
Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Belanjawan 2020 yang menyediakan peruntukan tambahan kepada pelbagai sektor membuktikan kedudukan kewangan Malaysia masih kukuh, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata pembentangan Belanjawan 2020 bertema ’Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama ke Arah Kemakmuran Bersama’ itu menepis dakwaan ramai bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak boleh mentadbir negara dengan baik.

“Ramai berpendapat kerajaan Pakatan Harapan tidak berpengalaman dan tidak mungkin mentadbir negara dengan baik, tetapi peruntukan tambahan diberi kepada semua pihak.

“Kedudukan kewangan masih kukuh, kita juga tidak ada non-perfoming loan (hutang yang tidak dibayar),” katanya pada sidang media selepas menghadiri pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membentangkan Belanjawan 2020, yang memperuntukkan sejumlah RM297 bilion meliputi RM241 bilion untuk perbelanjaan mengurus manakala baki RM56 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Peruntukan Belanjawan 2020 meningkat RM19.5 bilion berbanding peruntukan belanjawan tahun ini sebanyak RM277.5 bilion.

— BERNAMA