IJN Jawab Tuduhan Salah Peranan Urus Pesakit

Reading Time: 2 minutes

INSTITUT JANTUNG NEGARA, 5 OGOS 2023 — Susulan tulisan “Pesara Prihatin” baru-baru ini yang tersebar di media sosial dan platform WhatsApp, IJN memandang serius tuduhan itu kerana kandungannya tidak tepat dan tidak wajar kepada organisasi.

IJN memberi kenyataan bahawa ia tidak pernah diswastakan; ia telah dikorporatkan sejak penubuhannya. Sebagai sebuah entiti korporat, IJN terus dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan; dan pusat itu beroperasi di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta Malaysia 1998 di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan.

Institut Jantung Negara

Misi utama IJN kekal untuk menyediakan perkhidmatan perubatan yang cemerlang kepada semua rakyat Malaysia termasuk kakitangan kerajaan, pesara dan rakyat dari pelbagai sektor serta pesakit dari negara jiran.

Tambah kenyataan itu, kira-kira 84.7% daripada beban kerja terdiri daripada pesakit daripada sektor kerajaan (pekerja, pesara dan tanggungan mereka). 14.9% adalah pesakit yang membayar secara persendirian (perlindungan insurans dan tunai) dan 0.4% adalah pesakit asing (maklumat ini tersedia dalam laporan prestasi kami di laman web IJN).

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menggariskan bahawa semua kakitangan kerajaan, pesara dan tanggungannya memerlukan rujukan daripada hospital/klinik kerajaan/ swasta dan dirujuk oleh Pakar Perubatan/ Pakar Kardiologi/ Pakar Perubatan Kecemasan untuk mendapatkan rawatan di IJN. Pesakit dengan GL kerajaan boleh merujuk kepada pekeliling JPA Lampiran SR. 2.1.1 (G) disediakan dalam portal rasmi MyPPSM atau merujuk kepada sumber manusia mereka mengenai proses tersebut, kerana setiap agensi kerajaan mempunyai terma dan syarat mengenai kelayakan dan perlindungan pekerja mereka apabila mendapatkan rawatan di pusat itu.

Berikutan dengan “Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 12/2002 – Garis Panduan Rawatan Susulan di IJN bagi Pesakit Tanggungan Kerajaan”, pesakit hendaklah dibenarkan pulang ke hospital rujukan 12 bulan selepas menjalani prosedur/pembedahan, dengan syarat pesakit memerlukan rawatan susulan berterusan dan pengurusan. IJN bertanggungjawab kepada garis panduan ini yang dikawal selia oleh Kementerian Kesihatan.

Komitmen IJN untuk menyediakan penjagaan kesihatan yang cemerlang kepada kakitangan kerajaan tahap tertinggi tanpa mengira latar belakang mereka.

IJN dalam pada itu menghargai sokongan tidak berbelah bahagi daripada kakitangan kerajaan dan pesara yang telah bersama sejak awal IJN. Sumbangan mereka telah memainkan peranan penting dalam membentuk IJN menjadi seperti sekarang.