Otai Reformis Gesa Siasatan Dibuat Nilai Kredibiliti MBM Perak

Reading Time: < 1 minute

IPOH | Otai Reformis 1998 Perak menggesa penyiasatan dan pengauditan menyeluruh segera dijalankan supaya kredibiliti Majlis Belia Malaysia (MBM) Perak dapat dinilai etika pengurusannya.

Pengerusinya, Saiful Ariffin seterusnya mencadangkan supaya ditubuhkan satu jawatankuasa kecil lantikan Exco Belia dan Sukan bagi mengesahkan tiada unsur aturan dan penyalahgunaan dana.

“Pengurusan MBN sedia ada perlu bersikap lebih bertanggungjawab membentangkan maklumat dengan lebih telus dan memaklumkan perkara sebenar dakwaan pembangkang yang seolah-olah menggambarkan pihak kerajaan negeri menganaktirikan pertubuhan belia khususnya Majlis Belia negeri Perak adalah tidak benar,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu memorandum pada perhimpunan aman di depan perkarangan bangun Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu.

Beliau turut mencadangkan AJK MBM diberi latihan pengurusan Perakaunan Persatuan.

“Mewujudkan manual tatacara pengurusan perakuanan apabila pertubuhan itu menerima sumbangan dana dari kerajaan dan agensinya,’’ kata Saiful.

Katanya, Otai Reformis 1998 turut  mengenalpasti kenapa tindakan siasatan SPRM Perak masih tidak diambil setelah kenyataan Exco Pembangunan Belia dan Sukan Perak Howard Lee pada 22 April di Sidang DUN mendedahkan terdapat individu politik yang `menumpang’ sejumlah wang ke dalam akaun Majlis Belia Negeri Perak.