Pakatan Harapan Sudah Kenalpasti Tiga Calon Speaker DUN Perak

Reading Time: < 1 minute

IPOH: Kerajaan Pakatan Harapan telah mengenalpasti tiga calonnya untuk dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Menteri Besar YAB Ahmad Faizal Azumu bagaimanapun tidak menyebut nama tiga calon itu kerana ia masih dalam peringkat pemilihan.

“Kita akan berjumpa pada 3 Julai dan akan membuat pemilihan untuk Speaker Dewan dan angkat sumpah, diikuti pembukaan Sidang Dewan akan dilakukan pada 6 Ogos.

“Pihak kami dah kenal pasti calon dari Pakatan Harapan dan saya percaya pihak sebelah sana juga akan menamakan calon mereka,” katanya.

Ahmad Faizal berkata demikian kepada pemberita di majlis serahan RM500,000 untuk Tabung Harapan oleh Unisem Group di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Selasa.

Mengulas mengenai sumbangan itu, katanya jumlah semasa sumbangan itu mencecah hampir RM 5 juta.

“Tabung Patriotik kita sudah ada RM 150,000 manakala Tabung Harapan yang kita salurkan kepada Kerajaan Pusat kini boleh dikatakan mencecah RM5 juta,”katanya.