PATC Ziarah Sekolah Agama Bina Generasi Sepaktakraw

Reading Time: 2 minutes

IPOH:Kelab Sepaktakraw Perak (PATC) mengambil pendekatan baru mendekati sekolah-sekolah dan sekolah agama bagi mengenalpasti pemain akar umbi dalam membina generasi sepaktakraw. 

Pemain yang berpotensi yang dilahirkan dari sekolah-sekolah ini akan diketengahkan ke peringkat lebih tinggi disamping penganjuran kejohanan sukan tradisi ini.

Semalam, PATC mengadakan lawatan ke Sekolah Agama Tarbiyyatul Ajyal dalam matlamatnya untuk memberi sokongan kepada pemain sepaktakraw sekolah berkenaan agar terus cemerlang dalam sukan ini tanpa mengabaikan pencapaian akademik.

“PATC sentiasa memberikan sokongan jitu kepada pemain-pemain sepaktakraw yang dicungkil bakat mereka dari sekolah agama ini agar mereka terus cemerlang dalam sukan sepaktakraw tanpa mengabaikan pelajaran mereka,’’ katanya.

Menziarah pemain sepaktakraw, Muhammad Amirul Asyraf Mohd Farid

Terdahulu, Timbalan Presiden PATC, Johari Abu Hassan berkata, program lawatan ini merupakan salah satu pendekatan yang diambil PATC dalam menyantuni dan mengenalpasti pemain akar umbi yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat kejohanan lebih tinggi.

Pengetua Sekolah, Ustaz Syakirin pula menzahirkan rasa terharu dengan kunjungan rombongan PATC serta mendoakan usaha ini mendapat perhatian dari beberapa pihak yang boleh menyumbang dan menyokong PATC demi memartabatkan sukan tradisi ini.

Selepas itu, program ziarah diadakan di dua lagi buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Gunung Rapat, Ipoh dan Sekolah Maahad Al Ummah Chepor, Chemor. 

Program ini adalah inisiatif Pengerusi Perkaderan PATC, Ustaz Haji Shazali dalam usaha PATC membina generasi sepaktakraw yang beriman dan beramal. Pada progam itu PATC telah menyumbang alat tulis dan beg kepada pemain. Hadir sama, lagenda sepektakraw Perak, Rahman Zakariah dan ibu bapa pemain.