Pemimpin PH Perak Dapat Perkenan Mengadap Sultan Esok

Reading Time: < 1 minute

IPOH | Tiga pemimpin Pakatan Harapan (PH) Perak mendapat perkenan mengadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah esok, selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kehilangan usul undi percaya sebelumnya.

Ketiga-tiga mereka adalah ketua PKR negeri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, ketua DAP negeri Nga Kor Ming dan ketua Parti Amanah Negara Datuk Asmuni Awi.

Ketiganya dijadualkan bertemu sultan di Istana Kinta di sini pada pukul 11 pagi.

Ini berlaku berikutan keputusan undi percaya di Dewan Undangan Negeri hari ini yang menyaksikan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu kehilangan sokongan majoriti.

Speaker Perak, Dato’ Mohammad Zahir Abdul Khalid mengumumkan keputusan yang menunjukkan bahawa 48 ADUN telah menentang undi percaya terhadap Ahmad Faizal, sementara hanya 10 yang menyokongnya.

Ahmad Faizal sebelumnya telah mengadakan pertemuan dengan sultan Perak untuk menembah maklum berkenaan situasi terkini politik di negeri Perak.