Ron 95 Kekal, 97 Diapung

Reading Time: < 1 minute

Kementerian Kewangan hari ini mengeluarkan kenyataan media bahawa harga pasaran bagi petrol RON95 kekal pada kadar RM2.20 sen seliter, RM2.18 sen seliter untuk diesel manakala RON97 akan diapung secara terkawal pada RM2.66 sen seliter sehingga 13 Jun ini. Petrol RON97 akan diselaras secara mingguan.

Harga minyak mentah dunia kian meningkat dan ketika ini berada pada kira-kira RM310 setong. Kerajaan menanggung subsidi sebanyak 0.33 sen seliter untuk RON95 dan minyak diesel.