Sejarah Morsi Wajar Dijadikan Iktibar

Reading Time: < 1 minute

1. Morsi jatuh dlm masa 100 hari pemerintahannya.

Antara faktornya, begitu ramai mereka yg mempunyai kedudukan Tertinggi Kerajaan masih memihak kpd Mubarak, dan proksinya Al-Sisi cepat mengatur langkah.

2. PH telah menang bergaya. Aku sangat sokong Tun M segera melakukan penstrukturan semula agensi/institusi Kerajaan terutama di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Jika ambil iktibar dari Morsi itu, tindakan Tun M ini tepat!

3. Bagaimanapun, Umno hakikatnya masih kuat. 54 kerusi Parlimen, 3 buah Negeri masih lagi kuat.

Dan lebih dibimbangi lagi, kewangan mereka masih kukuh. Kewangan ini boleh saja digunakan untuk menghantar laskar2 Umno ke dalam PH. Ia boleh jadi parasit sangat berbahaya kpd PH.

Mungkin ada yg berfikir tidak masuk akal, satu kenyataan yg bodoh, tapi hakikatnya, dalam perebutan kuasa ini, “Matlamat menghalalkan cara” macam2 boleh berlaku.

4. Atas sebab itu, aku melahirkan kebimbangan dgn kemasukan orang. Umno, laskar2 Umno, agak drastik dan ramai.

Meskipun Tun M tegaskan, orang Umno tidak boleh berada dlm PH, perkembangan setakat ini tetap menunjukkan “kebanjiran” mereka menghampiri PH.

5. Kebimbangan aku, jika mereka ini pula diletakkan ditempat yg ada kuasa Politik, mereka ini berpotensi sbg ‘musang berbulu ayam’, ‘sokong membawa rebah’.

6. Aku bukan cemburu, tapi BIMBANG.

Oleh Hamdan Mohamad

Dari group Facebook Tun Dr Mahathir Mohamad