Sejarah Tercipta – BN Tumbang

Reading Time: < 1 minute

Tanggal 10 Mei 2018, adalah peristiwa besar dalam catatan sejarah tanahair. Buat pertama kalinya parti Barisan Nasional yang telah berkuasa selama 6 dekad ditumbangkan. Dan ianya dijatuhkan oleh Pakatan Harapan yang dipimpin oleh seorang ketua yang berusia 92 tahun, Tun Mahathir Mohamad. Dengan berakhirnya rejim Barisan Nasional, kita berharap Malaysia akan menjadi lebih baik, memberi kebebasan dalam menyatakan pendapat, dan dengan itu laman berita Independent ini muncul – demi meraikan kemenangan rakyat, demokrasi yang murni tanpa perlu kepada pertumpahan darah atau pergolakan kuasa.