Sultan Nazrin Meriahkan Majlis Aidilfitri TNB Peringkat Negeri Perak

Reading Time: < 1 minute

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim telah berkenan berangkat menghadiri dan memeriahkan Majlis Aidilfitri Tenaga Nasional Berhad (TNB) 2018 Peringkat Negeri Perak, di Hotel WEIL, Ipoh pada Selasa.

Turut sama berangkat ke majlis itu, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain.

Hadir sama, Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu dan isteri Dr Nomee Asyikin Mohamed Radzi dan Pengurus Besar Perkhidmatan Pelanggan Perak Bahagian Pembahagian TNB, Datuk Raja Abd. Jalil Raja Zaid.

Raja Abd. Jalil dalam ucapannya berkata, sambutan Aidilfitri yang dianjurkan TNB kali ini adalah untuk mengeratkan silaturahim dengan pihak Diraja, kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan warga kerja TNB untuk kerjasama dua hala yang sedia terjalin selama ini.

Menurut beliau, TNB sentiasa mendokong pembangunan negara dengan menyediakan perkhidmatan eletrik yang baik kepada negeri ini. Pada majlis itu Sultan Nazrin berkenan menyampaikan sumbangan kepada 40 anak yatim, 8 balu dan 12 orang anak yatim kelainan upaya.