Tak Mampu Carum RM5 Sebulan, Suami Tidak Membantu Carum i-Suri

Reading Time: < 1 minute

Bilangan mereka yang mendaftar dengan program i-Suri KWSP di negeri Perak masih kurang dibandingkan dengan bilangan mereka yang layak memperolehi manfaat ini.

Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri Perak, YB Wong May Ing.

Jumlah keseluruhan mereka yang mendaftar dengan e-Kasih setakat 30 Jun 2018 ialah seramai 13,603.

Dari jumlah itu, hanya 1,454 yang telah mendaftar dengan KWSP. Masih ada seramai 12,149 yang belum mendaftarkan nama untuk sertai program i-suri KWSP.

Menurut Wong, mereka ini hanya perlu mencarum serendah RM5 setiap bulan untuk melayakkan mereka memperoleh manfaat bulanan sebanyak RM40 dari kerajaan.

Kebanyakan alasan yang diberikan ialah tak mampu untuk mencarum sebanyak RM5 setiap bulan. Para suami juga tidak membantu dalam mengambil peluang dan manfaat yang i-Suri yang dilaksanakan oleh kerajaan ketika ini.

Menurut Wong lagi, mereka yang telah mendapat bantuan dari agensi-agensi kerajaan seperti JKM, Baitulmal boleh membayar menggunakan wang yang diterima dari agensi tersebut untuk mencarum RM5 setiap bulan untuk memperoleh faedah RM40 dari kerajaan.

“Mereka boleh mengguna pakai dengan bantuan itu setiap bulan RM5 untuk mengambil bahagian dalam program ini,” kata Wong dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh semalam.

“(Program) ini memang bagus untuk mereka pada masa yang akan datang (masa depan), bukan untuk tempoh terdekat ini.

“Saya di sini menggalakkan lebih ramai suri rumah yang layak dalam program ini cepat-cepat pergi daftar dengan KWSP,” menurut Wong.