Tindakan Melagakan Saya Dengan MB Membuktikan Akhlak Buruk YB UMNO – Aziz Bari

Reading Time: < 1 minute

IPOH | Zaman Exco pendidikan kena jawab atau kena ambil tanggungjawab urusan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) sudah tiada lagi kerana USAS diletakkan di bawah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), menurut Exco Pendidikan, Dr. Abdul Aziz bin Bari.

“Sekarang mengambil pendekatan GLC dan USAS sebagai GLC di bawah Menteri Besar, bukan bawah saya,” ujar beliau dalam sidang media yang diadakan di bilik sidang media Bangunan Perak Darul Ridzuan petang tadi.

Menurutnya, beliau tidak faham kenapa bekas Menteri Besar Perak, Dato Seri Zambry Abdul Kadir berang dan seolah cuba memperlekehkannya apabila beliau menjelaskan kedudukan sebenar.

“Itu zaman dia, dia gila talak ke dia ingat dia (masih) Menteri Besar lagi ke, ?” soal beliau sinis.

Mengulas perbahasan dengan wakil Bukit Chandan yang mendakwa rindakan perobohan gerai di Stesen 18 merupakan tindakan dendam Menteri Besar terhadap beliau, Aziz berkata Menteri Besar hakikatnya tidak tahu-menahu pun tentang hal itu.

“Menteri Besar tak tau apa yang berlaku di Stesen 18 jauh sekali dia terlibat, kenapa nak kaitkan Menteri Besar?, sola beliau.

Belia berkata beliau telah berjumpa dengan Datuk Bandar dan mendapatkan penjelasan berkaitan operasi perobohan itu dan para peniaga yang terlibat juga telah menerima hakikat bahawa pihak MBI ada kuasa untuk bertindak kerana gerai itu bukan di atas tanah milik mereka.

Aziz mendakwa tindakan wakil rakyat dari UMNO yang cuba melaga-lagakan beliau dengan Menteri Besar membayangkan akhlak yang buruk mereka.

Sebelum itu di dalam sesi penggulungan di Sidang Dewan Undangan Negeri hari ini, Dr. Zambry mendakwa Aziz tidak bertanggungjawab kerana mengeluarkan kenyataan ada unsur ‘deep state’ dalam isu peruntukan dan perbelanjaan kewangan USAS.