Mahiaddin Mat Yasin, pada hari esok mungkin memegang rekod sebagai perdana menteri paling singkat dalam sejarah Malaysia iaitu selama 17 bulan, lebih singkat dari Tun Mahathir yang mengepalai Pakatan Harapan selama 22 bulan. Namun Tun pernah memegang rekod sebagai perdana menteri paling lama iaitu 22 tahun.
Semasa era Mahiaddin menjadi perdana menteri, negara mengalami sejarah paling buruk dan hitam, lebih buruk dari era pasca perang dunia ke-2, kerana beliau dilihat tidak memiliki kebolehan menerajui negara, malah beliau dianggap lebih zalim dari semua perdana menteri yang pernah ada.
Walaupun Tun Mahathir pernah memegang gelaran sebagai Mahafiraun dan Mahazalim, ‘kezaliman’ Tun tidak pula membebankan kehidupan rakyat jelata. Rakyat masih boleh hidup senang dan menjalani kehidupan secara harmoni. Ekonomi berkembang rancak pada masa itu.
Zaman Mahiaddin, negara diletakkan di bawah darurat di mana sekatan jalanraya di merata lokasi oleh pihak polis. Perjalanan merentas negeri memerlukan surat kebenaran dari pihak berkuasa, malah merentas daerah juga memerlukan surat. Ia tidak ubah sepserti apa yang dilalui oleh rakyat Korea Utara sejak puluhan tahun. Rakyat marhaen yang sudah sedia hidup dalam kesusahan yang didapati ingkar SOP ditangkap dan dihumban ke dalam penjara malah didenda sehingga RM10,000 manakala syarikat sebanyak RM50,000, dalam masa yang sama pemimpin politik penjilatnya yang berkali-kali melanggar SOP seperti Annuar Musa, Tmbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali, Timbalan Speaker Rashid Hasnon, sekadar didenda RM1,000 hingga RM3,000 sahaja. Mahiaddin dianggap mengamalkan double standard di mana marhaen dihukum dengan hukuman berat manakala golongan elit yang digelar ‘kluster kayangan’ sekadar membayar denda dan dilepaskan.
Zaman Mahiaddin, demokrasi tidak berfungsi. Kebebasan suara disekat dan diancam. Penunjuk perasaan yang memakai pakaian hitam dan memegang poster dengan tanda pagar #kerajaan_gagal disiasat oleh pihak polis manakala para doktor yang membuat hartal membantah kerajaan tidak disiasat. Polis yang meronda mengarahkan pengguna jalan raya berhenti secara rawak dan minta ditunjukkan kad pengenalan dan lesen memandu. Negara sudah menjadi ‘police state’.
Zaman Mahiaddin, sektor pelancongan negara jatuh ke tahap paling buruk di mana banyak hotel ditutup kerana tidak ada pelanggan. Industri kecil pula tidak terkira banyaknya telah gulung tikar. Walaupun pandemik melanda seluruh dunia, kita tidak lihat masalah yang begitu buruk terhadap industri pelancongan di negara lain seperti Eropah dan Turki. Bantuan yang diberi sebanyak beberapa ringgit melalui skim Geran Khas Prihatin (GKP) terbukti tidak mampu memenuhi keperluan asas perniagaan untuk membayar sewa premis dan membayar gaji pekerja. GKP dilihat sekaar melepaskan batok di tangga.
Di zaman Mahiaddin, kejadian bunuh diri meningkat sehingga purata 3 kes sehari, suatu statistik yang amat menyeramkan. Laporan menyebut motif bunuh diri kebanyakannya kerana hutang dan masalah kesempitan hidup.
Berikut disenaraikan 7 dosa-dosa Mahiaddin terhadap rakyat yang tidak dapat dimaafkan.
- beberapa tindakan Mahiaddin menunjukkan beliau seorang yang derhaka terhadap Yang DiPertuan Agong dan oleh kerana itu parti UMNO berteraskan Melayu dan menjunjung kesetiaan kepada Raja dan Negara menarik kembali sokongan terhadap beliau
- Mahiaddin sengaja tidak mengadakan sidang parlimen sepanjang tempoh darurat dari Januari hingga Julai 2021 menyebabkan suara rakyat tidak dapat didengari
- Mahiaddin tidak membahaskan ordinan-ordinan darurat semasa sidang parlimen pada sebelum Ogos 2021 seperti yang dititah oleh Agong
- Mahiaddin cuba menjadikan mereka yang menolak vaksin sebagai pesalah dan mahu dihukum. Ini melanggar hak asasi manusia dalam kebebasan memilih
- Pada petang Jumaat 13 Ogos 2021 yang dianggap tarikh malang (Friday 13th), Mahiaddin mengumumkan masih memegang jawatan perdana menteri kerana menurutnya tiada orang lain yang memiliki sokongan majoriti untuk menggantikan tempat beliau. Sama ada seseorang itu ada majoriti atau tidak, itu bukan tugas beliau. Itu adalah peranan DYMM Yang DiPertuan Agong. Beliau sudah mengambil peranan Agong.
- Mahiaddin menetapkan syarat tambahan untuk solat di masjid iaitu wajib telah menerima suntikan vaksin 2 dos. Mereka yang memilih untuk menolak vaksin menjadi golongan yang diharamkan solat Jumaat di masjid, iaitu solat yang wajib untuk lelaki Muslim tanpa alasan kecuali uzur. Tiga kali tidak solat Jumaat berturut-turut maka telah jatuh murtad seseorang itu. Kemungkinan besar jika Mahiaddin terus menjadi perdana menteri, maka tidak hairan kerajaan akan mewajibkan seseorang itu telah disuntik 2 dos sebelum dibenarkan berurusan di kaunter kerajaan. Ini akan lama-kelamaan akan turut mempengaruhi syarikat swasta dan premis-premis hotel untuk mengenakan syarat yang sama
- Jemaah solat sunat Aidil Adha ditangkap, digari dan dibicarakan. Satu-satunya negara majoriti Islam dalam dunia yang menghukum mereka yang melakukan ibadat solat berjemaah ialah di Malaysia semasa era Mahiaddin