Agong Isytihar Darurat Di Batu Sapi

Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR | Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan untuk mengisytiharkan keadaan darurat di Batu Sapi untuk menangguhkan pilihan raya di sana.

Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam satu kenyataan hari ini mengatakan bahawa keadaan darurat diisytihar mengambil iktibar daripada Pilihan Raya Negeri Sabah yang menjadi faktor utama gelombang ketiga COVID-19.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Undang-undang, Datuk Takiyuddin Hassan baru-baru ini mengatakan bahawa Yang Di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat untuk menangguhkan pilihan raya kecil Batu Sapi jika keadaan membenarkannya.