Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the amp domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_has_paired_endpoint was called incorrectly. Function cannot be called before services are registered. The service ID "paired_routing" is not recognized and cannot be retrieved. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.1.1.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is not currently doing any hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. The function was called too early (before the plugins_loaded action) to determine the plugin source. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function amp_is_available was called incorrectly. `amp_is_available()` (or `amp_is_request()`, formerly `is_amp_endpoint()`) was called too early and so it will not work properly. WordPress is currently doing the `plugins_loaded` hook. Calling this function before the `wp` action means it will not have access to `WP_Query` and the queried object to determine if it is an AMP response, thus neither the `amp_skip_post()` filter nor the AMP enabled toggle will be considered. It appears the plugin with slug `google-analytics-for-wordpress` is responsible; please contact the author. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 2.0.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the gotmls domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/independ/public_html/wp-includes/functions.php on line 6170
Ahli Perniagaan Ganggu, Ugut Pegawai KPM – Saksi – Independent

Ahli Perniagaan Ganggu, Ugut Pegawai KPM – Saksi

Reading Time: 2 minutes

KUALA LUMPUR, 19 Feb  — Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa seorang ahli perniagaan pernah mengganggu dan mengugut pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya mempercepat kelulusan projek solar hibrid membabitkan sekolah luar bandar Sarawak kepada Jepak Holdings Sdn Bhd.

Tan Sri Dr Madinah Mohamad, 63, berkata ketika menyandang jawatan Ketua Setiausaha (KSU) di KPM, beliau menerima aduan melalui pegawai khasnya bahawa terdapat seorang lelaki telah mengganggu pegawai-pegawai di Bahagian Perolehan dan Pembangunan KPM.

“Nama orang itu adalah Rayyan. Beliau bercakap kasar dan mengugut pegawai-pegawai ini sekiranya tidak menyegerakan projek solar hibrid itu, beliau akan mengadu kepada perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). 

“Rayyan juga menyatakan bahawa beliau ingin berjumpa dengan KSU dan pegawai saya minta bantuan daripada saya untuk jumpa Rayyan kerana mereka tidak tahan lagi dengan ugutan dan juga kata-kata yang kasar daripada Rayyan,” katanya yang turut memaklumkan bahawa Rayyan tidak pernah mengugut beliau sebagaimana lelaki itu mengugut pegawai KPM lain.

Madinah berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Akberdin Abdul Kader dalam perbicaraan kes rasuah isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berkaitan projek solar itu. 

Rayyan, atau nama sebenarnya Rayyan Radzwill Abdullah, merupakan rakan kongsi Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.

Madinah, yang bersara pada 2 Sept 2016, berkata selain Rayyan, beliau sering menerima panggilan telefon dan mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada pembantu Rosmah iaitu Datuk Rizal Mansor berhubung urusan perolehan projek solar hibrid.

“Datuk Rizal dan Rayyan saling lengkap-melengkapi dalam mengemukakan maklumat kepada saya dan saya menganggap bahawa mereka benar-benar ‘in touch’ dengan perdana menteri ketika itu (Najib). Saya pun berhati-hati dalam memberi sebarang jawapan kepada Rayyan sepanjang saya berkomunikasi dengannya,” kata saksi itu.

Sementara itu, semasa pemeriksaan semula oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pendakwaan, Madinah berkata beliau tidak pernah menerima sebarang wang daripada Jepak Holdings, Saidi, Rizal, Rayyan atau tertuduh membabitkan projek solar.

Menjawab soalan Sri Ram mengapa beliau tidak menasihati Najib berkaitan projek itu, Madinah berkata sebarang komunikasi mengenainya, sama ada isu atau daya maju projek itu telah disampaikan olehnya sebagai KSU kepada menteri. 

“Saya kemudian mendapatkan nasihat menteri dan beliau berkata beliau akan memaklumkannya kepada PM (Najib).

“Kami juga memerlukan lebih banyak masa untuk menilai cadangan itu, dan kami memerlukan lebih banyak maklumat daripada Jepak untuk penelitian terperinci seperti pecahan keperluan kewangan, skop projek itu dan konsultan yang ingin diupah Jepak bagi mengawasi projek itu serta banyak lagi perkara berkaitan yang diperlukan Kementerian Kewangan sebelum projek itu boleh diluluskan.

“Saya telah memaklumkan KPM beberapa kali mengenai keperluan ini dan saya tidak boleh melangkau sempadan dan pergi terus kepada perdana menteri. Saya tidak boleh memutuskan rantaian perintah,” kata Madinah.

Sri Ram: Dalam perkhidmatan awam, adakah anda mengatakan bahawa rantaian perintah tidak terputus?

Madinah: Ya, betul.

Rosmah, 68, berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi melalui Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Kediaman Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya di antara Jan 2016 dan 7 Sept 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok.

— BERNAMA