Armada Perak Kutuk Perbuatan Hina Jalur Gemilang

Reading Time: < 1 minute

Armada Bersatu Perak dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketuanya, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh hari ini mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan ahli perniagaan Tan Sri Kim Yew yang menghina jalur gemilang dengan memuat naik gambar bendera itu yang ditukar jalur warna putih kepada hitam.

Menurut kenyataan itu lagi, permohonan maaf tidak dapat diterima dan mendesak supaya gelaran Tan Sri beliau ditarik balik dengan serta-merta.

“Ini adalah sebagai pengajaran dan teladan kepada mana-mana pihak supaya jangan sesekali menghina simbol kedaulatan negara.

“Alasan beliau bertindak menghitamkan jalur gemilang sebagai tanda protes terhadap pelaksanaan tulisan khat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil sama sekali tidak boleh dimaafkan.

“Sebagai ahli perniagaan yang telah mengecapi kemewahan hasil daripada kemakmuran dan keamanan negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, Lee sepatutnya bersikap matang dalam menyuarakan pandangan terhadap sesuatu isu,” menurut teks yang terkandung dalam kenyataan itu.

Armada turut menegaskan pandangan tentang isu tersebut harus dibuat dengan rasional dan bersandarkan kepada fakta, bukan emosi semata-mata.

Susulan itu, Armada menganggap tindakan pihak tertentu menggunakan isu ini untuk kepentingan agenda politik peribadi dan politik sempit perkauman adalah perbuatan dangkal dan tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini,