Bas EV Bawa Pelancong Lawat Jejak Warisan Taiping

Reading Time: < 1 minute

TAIPING | Bandar Taiping akan menyediakan khidmat sebuah bas EV (Environmental Vehicle) mengelilingi laluan Jejak Warisan Taiping sejauh lebih 11 kilometer bersama pelancong.

Bas EV tersebut adalah sumbangan kerajaan Jepun kepada Majlis Perbandaran Taiping (MPT) melalui program kerjasama kerajaan negeri Perak dengan Japanese International Cooperation Agency (JICA).

Ia adalah salah satu usaha untuk melestarikan bandar Taiping dan mempromosi persekitaran hijau.

Rancangan laluan Jejak Warisan dan kadar tambang akan dperkemaskan supaya impak dari lawatan akan memberi manfaat yang bersesuaian kepada aktiviti pelancongan Taiping.

Operasi bas EV ini dikelolakan oleh MPT dan penyelenggaran teknikal oleh Tetuan Dream Edge. Bas ini kini sedang dalam proses pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pemasangan ‘Bus Wrap’ dilakukan di Cyberjaya.

Ia dijangka siap dan tiba di Taiping pada awal April ini.

Projek Bas EV ini telah bermula sejak 2016 dengan kerjasama pihak perunding tempatan, perunding dari Jepun, Dream Edge dan Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) selaku rakan strategik.