Iran Tersilap Bedil Pesawat Ukraine Dengan Peluru Berpandu

Reading Time: < 1 minute

Iran tersilap menembak jatuh pesawat Ukraine yang terhempas Rabu lalu berhampiran Teheran dengan 176 orang di atas kapal, lapor media AS.

Pegawai AS mengatakan mereka percaya bahawa pesawat Boeing 737-800 milik Ukraine International Airlines dibedil peluru berpandu, kata CBS.

Menurut Newsweek, yang juga bercakap dengan seorang pegawai perisikan Iraq, penerbangan pesawat Ukraine itu sedang dalam perjalanan dari ibukota Iran ke Kiev, dibedil oleh sistem peluru berpandu Tor-M1 permukaan-ke-udara.

Ukraine sebelum ini berkata ia sedang menyiasat sama ada serangan peluru berpandu mengakibatkan pesawat itu terhempas – tetapi Iran menafikannya.

Kemalangan itu berlaku hanya beberapa jam selepas Iran melakukan serangan peluru berpandu di dua pangkalan udara yang menempatkan tentera AS di Iraq.

CBS News yang memetik perisikan AS berkata satelit mengesan “blips” inframerah dua peluru berpandu, diikuti oleh satu lagi letupan.

Pada 3 Jan 2020, seorang pegawai tertinggi Iran, Jeneral Qasem Soleimani terbunuh dalam serangan dron oleh tentera AS di Iraq. Pembunuhan itu menimbulkan kemarahan Iran lalu mereka bertindak balas dengan melepaskan beberapa peluru berpandu ke arah pengkalan tentera udara AS di Al-Assad, Iraq.