Reading Time: < 1 minute
Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu memandang serius dakwaan dua ekor lembu korban yang dijual tahun lalu melibatkan kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Bagan Datuk.
Beliau kesal kerana 2 dari 3 ekor lembu sumbangan peribadi beliau yang sepatutnya diagihkan kepada asnaf didakwa telah dijual untuk tujuan lain.
Kenyataan itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Dato’ Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid dalam satu siaran media hari ini.
Ekoran dari itu, satu laporan polis teah dibuat semalam dan Menteri Besar menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan selanjutnya.