Kapal Hospital Tentera Laut A.S. Tiba Di New York

Reading Time: < 1 minute

NEW YORK | Kapal hospital Tentera Laut A.S. tiba di Pelabuhan New York pada hari Isnin untuk membantu menurunkan kesesakan di hospital-hospital tempatan yang diliputi oleh pesakit koronavirus, lapor portal The Hill.

USNS Comfort akan merawat pesakit bukan koronavirus, mengeluarkan pesakit dari katil hospital tempatan supaya boleh memberi fokus kepada merawat pesakit koronavirus.

Ketibaan Comfort di New York hanya dua hari selepas ia meninggalkan pelabuhan di Norfolk, Virginia.

“Kapal besar di belakang saya adalah mesej harapan dan solidariti kepada 70,000 orang-orang New York yang luar biasa, sebuah tempat yang sangat saya kenali, dan saya sukai,” kata Presiden Trump pada hari Sabtu ketika ia melihat kapal itu.

Kapal ini mempunyai kapasiti 1,000 katil dan dijangka akan dikendalikan oleh kira-kira 1,200 kakitangan.

Jumlah kematian di New York daripada koronavirus melebihi 1,000, dengan jumlah kes yang disahkan hampir 60,000 pada malam Ahad.

Tentera Laut A.S. mengendalikan dua kapal hospital, Mercy dan Comfort, untuk membantu usaha bantuan semasa krisis. Comfort kali terakhir di New York selepas 11 September 2001, pertolongan pertama selepas serangan pengganas.

Tentera Laut turut menghantar Mercy, yang berpengkalan di Pantai Barat, ke Los Angeles dengan misi yang sama untuk menugrangkan kesesakan di hospital-hospital tempatan melawan koronavirus. Mercy tiba di Pelabuhan Los Angeles pada hari Jumaat dan mula menerima pesakit hari Ahad.